1.Berikan pelawat subscribe percuma kepada majalah elektronik (ezine) kita.Hampir semua orang mempunyai ezine hari ini.jadi adalah penting bagi kita memberi sesuatu yang lebih.Kita juga boleh tawarkan pemberian percuma(free gift).
2.Sajikan pelawat kita dengan kandungan atau maklumat percuma. Kandungan kita akan lebih menarik jika kita selalu mengemaskini dengan kandungan yang ditulis sendiri.Kita juga boleh menawarkan pelawat pilihan untuk memasukkan maklumat atau kandungan yang ditulis ke dalam ezine mereka.
3.Tawarkan online direktori percuma.Direktori tersebut boleh dipenuhkan dengan ebook penting,ezine,laman web dan lain-lain.Jika pelawat dapati direktori kita bermanafaat mereka pasti akan datang lagi.
4.Tawarkan ebook percuma.Kita boleh juga memasukkan ads kita dalam ebook tersebut dan benarkan orang lain menyebarnya.Jika kita malas menulis minta kebenaran penulis untuk menyiarkan artikel mereka.
5.Jika kita mempunyai kepakaran dalam bidang tertentu ,adakan seminar online secara percuma.Ini boleh dibuat melalui chat room laman web kita.Maklumat secara life mengalakkan pelawat datang ke laman web kita.Kita akan dikenali sebagai pakar dalam bidang tersebut.
6.Biarkan pelawat menyertai pertandingan atau peraduan pada web kita secara percuma.Hadiah mestilah sesuatu yang menarik minat pelawat.Ramai akan melawat laman web kita untuk mendapatkan keputusan peraduan tersebut.
7.Pastikan pelawat dapat memuat turun (download) perisian percuma daripada web kita.Ia boleh jadi freeware,shareware,demo dan lain lain lagi.Kita juga boleh jadikan ianya sebahagian daripada direktori Jika kita boleh mencipta perisian,masukkan ads di dalamnya supaya pelawat dapat menyebarkannya.
8.Tawarkan perkhidmatan atau utiliti percuma daripada laman web kita.Ia mungkin submit untuk injin pencarian dan lain lain. Utiliti tersebut mesti bermanafaat kepada pelawat tertumpu.
9.Berikan nasihat percuma kepada mereka yang melawat web kita..Kita boleh tawarkan kepakaran melalui emel atau telefon.Pelawat akan menggangap ini mempunyai nilai yang tinggi kerana biasanya bayaran yurannya tinggi.
10.Tawarkan juga kepada pelawat laman web kita.keahlian percuma untuk menyertai kelab kita. Manusia suka kalau dipunyai.Kita juga boleh berikan ezine percuma kepada ahli-ahli kelab.