1.Jadikan nama laman web kita sependek yang mungkin.Jika terlampau banyak huruf akan menyebabkan salah ejaan.Ia juga menyebabkan laman web kita susah untuk dicari oleh pelawat kecualilah jika laman web tersebut terlalu penting kepada pelawat.
2.Mengikut pakar-pakar bisnes internet dan seo elakkan menggunakan sempang,underscore dan lain karakter yang tidak mempunyai sebarang maksud.Jika nama domain yang kita kehendaki telah diambil oleh orang lain Cuma tambah beberapa karakter atau huruf supaya dekat dengan nama domain yang kita kehendaki.Cuba dapatkan perkataan yang sesuai dengan kata kunci laman web kita.Contohnya kalau laman web ialah lamanweb1 dot com maka kita boleh pilih subjeklamanweb dot com
3.Pilih laman web dot com kalau boleh.Terdapat pelbagai jenis domain yang boleh dipilih Contohnya yang mempunyai sambungan info,biz,tv dan lain-lain.Jika memilih domain dot com adalah lebih baik kerana ramai pengguna sudah biasa dengan dot com. Dot com juga mengikut pakar bisnes internet,membolehkan laman web kita mendapat ranking yang tinggi pada injin pencarian.