Sunday, April 3, 2011

Tips Buat Duit Dengan Ebook:Bagaimana Mendapatkan Idea Bagi Menghasilkan Tajuk Ebook?

Jika kita kekurangan idea bagaimana menulis tajuk ebook,di sini disenaraikan beberapa tajuk yang boleh membantu mencetuskan idea tentang internet marketing.

1.50 cara mendapatkan $90,000 setahun melalui internet
2.Bagaimana Menghasilkan report dan menjualkannya di Ebay
3.50 cara mendapat duit melalui program affiliate.
4.Panduan asas kepada pemasaran internet
5.Bagaimana mencari pasaran dengan injin pencarian pay per click.
6.Bagaimana menjadi super affiliate dengan budget yang rendah.
7.Bagaimana menghasilkan iklan ezine cara mudah
8.Bagaimana mendapatkan bisnes yang menguntungkan di ebay
9.Cerita menakjubkan bagaimana membuat duit secara online.
10.Panduan mendapat ranking yang baik pada injin pencarian
11.Bagaimana mendapat top 6 pada senarai Yahoo.com
12.Bagaimana mendapat top 6 pada senarai Google.com
13.Panduan lengkap free advertising
14.Bagaimana mendapatkan trafik daripada pengedaran free download
15.1001 sumber untuk internet marketer
16.Bagaimana mendapat bayaran setiap bulan melalui laman web rakan kita
17.Bagaimana menghasilkan viral marketing sendiri.
18.Panduan lengkap membuat pop ups
19.Bagaimana mendapat keuntungan melalui jual beli domain.
20.Rahsia kejayaan affiliate marketing.

Saturday, April 2, 2011

Tips Google Adsense:Apakah Maksud “Impressions”?

Impression adalah bilangan laman web kita yang mempunyai adsense dilihat.Kita boleh menambah bilangan impression bila kita menambah trafik.ke laman web kita.Beberapa cara menambah trafik ke laman web ialah:

1.hasilkan lebih banyak muka surat pada laman web dengan kandungan yang berfokus dan relevan.

2.hasilkan lebih banyak pautan (link) kepada laman web kita.

3.masukkan laman web kita di bawah kategori tertentu pada lebih banyak direktori.

4.Kita juga boleh letakkan direktori yang berkaitan dan menerima pautan reciprocal

5.tuliskan artikel dengan maklumat laman web kita pada “resource box” pada bahagian akhir setiap artikel.Hantar kepada direktori .

Friday, April 1, 2011

Tips Bisnes Internet:Bagaimana Memilih Program Affiliate?

1.Bolehkan kita buat duit dengan produk tersebut?

Jangan kita hanya terpedaya dengan nilai komisyen yang tinggi.Kita perlu mendapat jawapan yang positif tentang dua soalan ini.
Ø  Adakah produk tersebut akan dibeli oleh pelawat.Sejauhmana ia boleh bersaing?
Ø  Adakah komisyen tersebut menyebabkan kita dapat bertahan?

2.Sejauhmana berkesannya mukasurat jualan(sales page)?

Kita perlu melihat sales page produk untuk memastikan muka surat tersebut melakukan tugasnya untuk menjual produk.Hati-hati dengan pelbagai cara yang mungkin menghilangkan komisyen kita.

3.Semak affiliate support

Sebenarnya pihak yang membuat affiliate bukan cuma menyediakan pautan(link) untuk affiliate sahaja.Kita perlu menyemak beberapa alatan promosi,contohnya contoh ads,artikel,emel,review dan tandatangan.

Secara idealnya pihak affiliate mestilah menyalurkan maklumat atau berita baru tentang produk Kita tentunya ingin mengetahui sebarang  perubahan pada affiliate kita

4.Berapa banyakkah affiliate yang kita mahu promosikan?

Jika kita merancang untuk meletakkan beberapa produk affiliate pada satu muka surat,pastikan ianya berkaitan pada satu topik.Jika kita menyertai pelbagai affiliate beberapa perkara perlu diawasi:

Ø  Cara pendaftaran yang berbeza
Ø  Cara membuat pautan (link) juga berbeza
Ø  Cara pembayaran yang berbeza
Ø  Komunikasi dengan setiap affiliate.
Ø 
Adalah baik jika kita menyertai syarikat yang mempunyai banyak affiliate di bawah satu bumbung atau satu pentadbiran. Ini termasuklah komisyen dalam satu bayaran dan mempunyai pautan affiliate yang seragam dengan sekali sign up (daftar) sahaja.

Salah satu yang popular ialah ClickBank ,ia mengendalikan produk digital seperti buku dan perisian.