1.Bolehkan kita buat duit dengan produk tersebut?
Jangan kita hanya terpedaya dengan nilai komisyen yang tinggi.Kita perlu mendapat jawapan yang positif tentang dua soalan ini.
Ø Adakah produk tersebut akan dibeli oleh pelawat.Sejauhmana ia boleh bersaing?
Ø Adakah komisyen tersebut menyebabkan kita dapat bertahan?
2.Sejauhmana berkesannya mukasurat jualan(sales page)?
Kita perlu melihat sales page produk untuk memastikan muka surat tersebut melakukan tugasnya untuk menjual produk.Hati-hati dengan pelbagai cara yang mungkin menghilangkan komisyen kita.
3.Semak affiliate support
Sebenarnya pihak yang membuat affiliate bukan cuma menyediakan pautan(link) untuk affiliate sahaja.Kita perlu menyemak beberapa alatan promosi,contohnya contoh ads,artikel,emel,review dan tandatangan.
Secara idealnya pihak affiliate mestilah menyalurkan maklumat atau berita baru tentang produk Kita tentunya ingin mengetahui sebarang perubahan pada affiliate kita
4.Berapa banyakkah affiliate yang kita mahu promosikan?
Jika kita merancang untuk meletakkan beberapa produk affiliate pada satu muka surat ,pastikan ianya berkaitan pada satu topik.Jika kita menyertai pelbagai affiliate beberapa perkara perlu diawasi:
Ø Cara pendaftaran yang berbeza
Ø Cara membuat pautan (link) juga berbeza
Ø Cara pembayaran yang berbeza
Ø Komunikasi dengan setiap affiliate.
Ø
Adalah baik jika kita menyertai syarikat yang mempunyai banyak affiliate di bawah satu bumbung atau satu pentadbiran. Ini termasuklah komisyen dalam satu bayaran dan mempunyai pautan affiliate yang seragam dengan sekali sign up (daftar) sahaja.
Salah satu yang popular ialah ClickBank ,ia mengendalikan produk digital seperti buku dan perisian.
No comments:
Post a Comment