Thursday, March 31, 2011

Kenapa Perlu Ping Pada Direktori?

Ping merupakan satu teknik yang membolehkan kita memberitahu blog direktori yang laman web kita telah dikemaskini(updated).Ping tidak lain daripada suatu cara pantas ke direktori dan memberitahu mereka kita telah memasukkan kandungan baru pada laman web.
Ping akan membawa blog atau laman web kita kepada senarai direktori bagi menambah trafik dan memberitahu kewujudan laman web kita.Ramai pemilik laman web sedar pinging akan memberitahu spider daripada injin pencarian untuk datang ke laman web kita samada untuk update atau indek laman web kita.
Pinging sepatutnya dibuat setiap kali kandungan baru ditambah pada laman web kita.Namun jika kita menambah beberapa post,kita juga boleh membuat ping sekaligus. Cara yang mudah untuk membuat ping pada direktori adalah menggunakan tool yang diautomasikan.Terdapat beberapa perkhidmatan pinging yang popular.Satu ialah Ping-o-matic yang boleh didapati daripada http://www.pingomatic.com .Satu lagi ialah Pingoat,boleh didapati daripada http://www.pingoat.com .Selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment