i.Setia pada topik yang dipilih
Pendapat dan sebagainya boleh diterima tetapi kandungan item dalam blog mestilah berkaitan dengan tema umum laman web kita.Berikan penerangan topik yang kita pilih dan setia dengan topik berkenaan.Ini akan menarik minat pembaca setia laman web kita.
ii.Jadikan laman web kita bermaklumat.
Jika kita cuba menonjolkan yang kita mempunyai ilmu atau pakar dalam sesuatu bidang pastikan laman web kita kemaskini .Kalau melibatkan pendapat,semak fakta yang kita berikan.Pastikan posting yang dibuat berkualiti.
iii.Berita lama tidak dianggap sebagai berita atau maklumat.
Bila kita melibatkan diri dengan blog ,adalah penting maklumat yang diberikan terkini dan tepat.Penulisan tentang sesuatu yang berlaku 5 bulan dahulu mungkin tidak akan menarik minat pembaca.
iv.Ikut jadual
Pastikan kita mengikut jadual dan setia padanya.Blogging sebenarnya mengambil masa.Jadi jangan buat sesuatu jangkaan diluar kemampuan.Jika laman web atau blog kita tidak kemaskini,pelawat akan berpindah ke blog lain.Blog baru dan suapan RSS akan pop up tiap hari.Jadi kita mungkin akan kehilangan pelawat
v.Kaya dengan kata kunci.
Jika matlamat kita popularkan laman web kata kunci yang betul mesti dimasukkan.Gunakan tajuk laman web kita sebagai headline.Setiap posting mesti ada tajuk yang berkaitan dengan laman web kita.Kata kunci mestilah tidak melebihi 12 perkataan.
vi.Kuantiti
Untuk menarik perhatian injin pencarian,kita perlu membangunkan kandungan.Headline atau perkataan-perkataan yang mudah semestinya menarik minat pembaca atau membantu menaikkan ranking laman web kita.Pastikan kita dapat mencapai posting-posting yang lalu.Ini bagi menghasilkan kandungan web mempunyai tema yang sama.
Vii,Kekerapan
Jika kandungan blog atau web seringkali dikemaskini,injin pencarian akan menghantar spider ke laman web kita lebih kerap.
viii.Ejaan
Kita hanya perlu beberapa minit saja masa untuk menyemak ejaan daripada laman web kita .Perlu diingat apa saja yang kita papar ,akan dilihat di seluruh dunia
vix.RSS
RSS akan meningkatkan carian blog pada injin pencarian.Adalah penting kita memasukkan kandungan blog atau laman web kita pada suapan RSS untuk menambah pembaca dan sebaran maklumat kepada pelawat .