Kebanyakan spider bagi injin-injin pencarian tidak boleh di cari pada kotak search.Mereka juga tidak menggunakan menu pull down.Jadi tips-tips di bawah mungkin dapat membantu spider injin-injin pencarian mengindeks laman web kita.
1.Gunakan pautan teks yang mudah ke laman web kita
Kebanyakan injin pencarian tidak dapat mengindeks menu flash atau Javascript.Sesetengah spider juga menghadapi masalah dengan pautan yang berbentuk imej.Juga boleh gunakan ,pautan teks yang mudah ke laman web kita.Kita boleh menjadikan pautan teks tersebut lebih menarik dengan menggunakan CSS.
2.Muka surat yang penting mestilah boleh diakses tidak lebih daripada satu klik sahaja daripada muka surat indek.
Laman web yang boleh diakses dengan beberapa klik daripada laman web utama adalah dikira penting berbanding dengan muka surat yang agak jauh ke dalaman.Adalah mudah mendapat ranking untuk muka surat laman web kita yang mudah diakses.
3.Gunakan “descriptive link texts”
Teks yang kita gunakan bagi pautan ke laman web kita membantu injin pencarian memahami laman web kita dengan lebih baik.Kata kita menjual produk ebook bisnes internet pada laman web kita,jangan gunakan pautan seperti <a href =”page.htm”>klik di sini</a> tetapi lebih baik ditulis<a href=page.htm”>ebook bisnes internet</a>.
Ini sebenarnya memudahkan injin pencarian mengindekskan muka surat tersebut dengan kata kunci “ebook bisnes internet”.
4.Buat sitemap
Sitemap merupakan laman web yang mudah mengandungi pautan ke semua muka surat yang penting.Kita boleh buat pautan ke sitemap pada footer tiap muka surat pada laman web.Dengan berbuat demikian injin pencarian boleh mencari semua muka surat penting dengan hanya 2 klik.
5.Semak valid atau tidak kod HTML kita
Kesalahan pada kod HTML pada muka surat dalam laman web kita akan menghalang injin pencarian mengindeks muka surat web kita dengan betul.Contohnya kesalahan HTML akan menamatkan muka surat sebelum menemui isi kandunganya.Ini bermakna injin pencarian akan meninggalkan kandungan tersebut dan juga pautan pada muka surat tersebut.
Rujukan:
No comments:
Post a Comment