Friday, March 11, 2011

10 Cara Mencari Idea –Idea Bisnes.

1.Jangkaan sesuatu idea
Jika kita rasa kita tidak berupaya mendapat sebarang idea .Perkara utama ialah mengenepikan sebarang perkara negatif tentang diri kita atau kreativiti kita dan cuba menggambarkan sesuatu idea.

2.Minda Terbuka
Idea boleh datang dari mana sahaja dan setengah idea mungkin cuma suatu rangka atau draf.Ia juga mungkin berasal daripada pengetahuan dan andaian. Cuba bersedia untuk menerokai idea baru dan menukar pandangan kita tentang dunia.

3.Rekodkan Idea Kita
Idea yang muncul atau idea yang baru bagi kita perlu kita catat.Jika kita menulis bermakna kita akan mengingat idea tersebut. Jika tiada kita sukar untuk merujuk kembali.Kita kena rekodkan semua idea-idea itu.sama ada melalui pembacaan,apa yang kita dengar dan apa yang kita ada dan lihatlah  ia selalu.

4.Cuba belajar sesuatu yang baru setiap hari.
Selalu bercakap dengan rakan-rakan bisnes kita,dengan rakan kita mahupun dengan jiran kita.atau kepada siapa saja yang berminat bercakap idea itu dengan kita.Baca majalah,laman web,buku atau apa sahaja yang boleh mengembangkan idea .Kita mesti suka bisnes,biografi usahawan dan sejarah mereka terutama tentang idea-idea bisnes.

5.Cakaplah tentang idea-idea kita.
Cakaplah idea bisnes kita kepada sesiapa yang ingin mendengarnya terutama orang yang rapat dengan kita.Jika mereka tiada di sisi kita,cakaplah dengan diri sendiri.Tulis apa yang kita rasa kita ingin cakapkan dengan orang lain.Bukan apa,dengan bercakap begitu akan menambah baik idea-idea kita itu.

6.Tanya soalan dan dengar masalah orang lain,harapan mereka dan inspirasi mereka.
Kita sebagai seorang ahli bisnes kecil,kena tahu apa masalah ,isu dan cabaran yang kita akan hadapi.Pastinya akan muncul peluang bisnes bila kita menyelesaikan sesuatu masalah. Harapan,angan-angan dan aspirasi boleh mendatangkan idea.

No comments:

Post a Comment